Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Dua Remaja Ditemui Mati...

KOTA BHARU - Dua remaja berusia 18 tahun ditemui mati dalam sebuah kereta...

“Damian Boleh Tegur Aiman...

BEBERAPA minggu lalu kecoh mengenai tindakan salah seorang bekas anggota kumpulan VE, Damian...

77 Saman Dalam Op...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai...

Suspek Tikam Bekas Kekasih...

MELAKA: Suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam bekas kekasihnya di Jalan Tun...

Peniaga Bazar Ramadan Seksyen 18 Pengotor?

TINDAKAN sesetengah peniaga di bazar Ramadan yang mengambil mudah isu kebersihan apabila menyimpan peralatan perniagaan mereka di dalam longkang mula dikesan berlaku di sekitar Shah Alam.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd. Azizi Amal Ismail yang memuat naik gambar beserta kapsyen menunjukkan peralatan seperti meja, kanopi dan kerusi diletakkan di bawah longkang oleh seorang penjaja di Seksyen 18.

“Hati-hati membeli makanan di bazar Ramadan. Peralatan niaga disimpan dalam longkang. Kanopi, meja, baldi dikerumuni tikus-tikus yang berselerakan. Air longkang berbau.

Menurut Azizi, tindakan peniaga tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan salah seorang pekerjanya keracunan makanan disebabkan membeli juadah berbuka puasa di gerai tersebut.

“Aku marah ni pasal staf aku dah masuk wad akibat keracunan makanan. Tak pasal2 aku kena OT kerja siang malam,” tulisnya.

Peniaga Bazar Ramadan Seksyen 18 Pengotor?

Gambar tersebut menerima pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa loya dan berang dengan sikap peniaga berkenaan.

Ramai yang meminta Azizi mendedahkan wajah peniaga serta makanan yang dijualnya namun, menurutnya, cukuplah sekadar orang ramai peka dan lebih berwaspada berkenaan isu kebersihan di bazar tersebut.

“Naik jer gambo kedai dia masa buka, baru tahu kedai yang mana tak yah gi, kesian peniaga lain takut kena tempias oleh peniaga bodoh nih,” kata Hikmah Barokah.

“Ni kalau majlis ambik tindakan,mula la kata dengki sesama bangsa, tak boleh tengok bangsa sendiri nak cari makan,” tulis Sayap Ilusi.


Peniaga Bazar Ramadan Seksyen 18 Pengotor?

Peniaga Bazar Ramadan Seksyen 18 Pengotor?

Aishh, longkang dah ler kotor.. Sanggup letak tu masuk longkang nak simpan barang, aduh. Manusia melayu yang tak pernah bersyukur dengan peluang..

“Orang lain nak meniaga kene halau.. Majlis serbu.. Ni dah dapat niaga tak reti jaga barang dan customer,” ujar Nur Nashafiqah.

Disebabkan sikap individu pengotor seperti ini juga, peniaga-peniaga bazar Ramadan yang lain turut menerima tempiasnya berkenaan isu ini.

Janganlah kerana sikap sesetengah peniaga pengotor seperti ini menjadi barah kepada peniaga-peniaga lain yang masih banyak lagi berniaga dengan penuh amanah.

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) nampaknya boleh memantau di lokasi berkenaan bagi memastikan perkara ini tidak berlanjutan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori