Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bahan Kimia Kentang McD...

PARA saintis Jepun mungkin telah menemukan ubat untuk merawat masalah botak dan ia...

SKMM Siasat Penuntut Universiti...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dakwaan bahawa ramai wanita...

Sebanyak 24 Kawasan Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup,...

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat mengedar...

Penjawat Awam N.Sembilan Dapat Sagu Hati RM500

SEREMBAN – Kesemua 6,495 penjawat awam di negeri ini akan menerima sagu hati RM500 sempena Aidilfitri yang akan dibayar bersama gaji pada 23 Jun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sagu hati yang keseluruhannya berjumlah RM3.9 juta itu akan dinikmati oleh penjawat awam yang bertaraf tetap, kontrak dan sambilan.

“Ia juga akan diberi kepada kakitangan agensi, anak syarikat kerajaan seperti SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pusat Zakat dan lain-lain syarikat berkaitan kerajaan. Kita telah lulus (pemberian sagu hati) dalam mesyuarat tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata program Mantai Perdana 2016, program yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membeli daging dengan harga yang lebih murah daripada pasaran akan diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Mohamad berkata pada program kali ini, kerajaan akan menyumbang antara 60 hingga 100 ekor lembu dan dalam masa yang sama menyeru pemilik ladang ternakan supaya turut sama menyertai program itu.


“Ini merupakan program yang dapat kita jadikan sebagai program mengurangkan kos untuk keluarga membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri kerana harga daging yang akan kita jual di sana lebih murah daripada harga pasaran terbuka.

“Program ini adalah berkonsep siapa dulu dia dapat. Pun begitu saya tidak galakkan orang membeli daging lebih daripada lima kilogram,” katanya.

Mohamad berkata program Mantai Perdana 2016 akan diadakan di kawasan lapang berhampiran Masjid At-Taqwa, Paroi.

Mantai merupakan acara tradisi di Negeri Sembilan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori