PUTRAJAYA – Penjenamaan semula Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan bukan hanya kepada penawaran program baharu sahaja.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata beberapa negara maju seperti Korea Selatan, Jerman dan Australia yang menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang TVET, telah membuktikan langkah itu dapat membantu pembangunan ekonomi negara tersebut.
“Kita juga seharusnya memikirkan kaedah yang sama bagi mewujudkan satu platform perkongsian ilmu penyelidikan yang dapat menggembleng usaha dalam merealisasikan aspirasi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada Simposium Universiti Teknikal Malaysia (MTU)-TVET 2016, di sini Rabu. – BERNAMA