Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Boleh Mohon Baucar Buku...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT)...

Kedah Tebus Kekalahan, Taktikal...

ALOR SETAR - Perubahan formasi serta taktikal pada bahagian serangan dan pertahanan membolehkan...

“Tiada Maaf Untukmu Sergio...

MOHAMED Salah belum bersedia untuk memaafkan kapten Real Madrid berikutan insiden ketika Final...

Isu, Skandal Babit ATM...

KUALA LUMPUR - Sebarang isu dan skandal yang dikaitkan dengan Angkatan Tentera Malaysia...

Pensyarah Dikecam Suruh Pelajar Minum Air Kencing

SEORANG pensyarah universiti, Jason Hansen dikecam selepas dikatakan menyuruh seorang pelajar minum air kencing demi mengejar kredit tambahan untuk subjek pengajiannya.

Video itu menjadi viral selepas seorang pelajar merakam insiden tersebut dan menghantar rakaman itu kepada seseorangƃā€šĆ‚Ā di stesen televisyen tempatan.

Jason mengajar subjek Psikologi dan Biologi di Universiti Brigham Young, Utah, Amerika Syarikat.

Tampil bagi membersihkan nama, Jason berkata bahawa itu bukanlah air kencing sebaliknya air kencing tiruan yang sengaja diberitahu bahan kumbahan miliknya bagi babƃā€šĆ‚Ā pengajian buah pinggang yang diajarnya kepada kelas tersebut.

“Saya katakan kepada pelajar siapa yang nak cuba minum air kencing (palsu) dan pelajar itu setuju. Saya dah pernah buat pembelajaran macam ini dalam kelas sebelumnya namun tiada sebarang aduan yang dilemparkan kepada saya.

“Kebiasaannya, saya akan jelaskan di kelas akan datang bahawa itu merupakan air kencing tiruan yang diperbuat daripada cuka masakan. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang seronok dan saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan sesiapa,” kata Jason.


Menurut Jason, pelajar diminta meminum air kencing untuk melihat bagaimana buah pinggang berfungsi bergantung kepada warna air kencing yang dikeluarkan seseorang individu itu.

Walaupun itu cumalah ‘prank’ dan kaedah pembelajaran, ternyata tak semua pelajarnya boleh menerima cara pensyarah itu mengajar.

Berikutan hal kontroversi itu, Jason dikhabarkan tidak akan menyelitkan modul pembelajaran tersebut untuk sesi kelas-kelasnya di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori