Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

14.5 Juta Pencarum Mungkin...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Ustaz Don Daniyal Direhatkan...

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran...

Bomba Selesai Bina 20...

ALOR GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah selesai membina 20...

Penuntut Universiti Swasta Urus...

KOTA BHARU - Seorang penuntut universiti swasta berusia 24 tahun yang juga ‘bapa...

Penyakit FMD: Penternak Dilarang Pindah Haiwan Ternakan

JOHOR BAHARU – Penternak di negeri ini diminta menghentikan segala pergerakan ternakan memasuki atau memindahkan ternakan keluar dari daerah Mersing dan negeri Pahang bagi mengelakkan penyebaran penyakit kaki dan mulut (FMD) mulai 12 Jun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata ini berikutan penemuan kes terbaru melibatkan haiwan ternakan dua penternak di Endau, Mersing dan seorang penternak di Triang, Pahang.

“Kita keluarkan arahan ini sebagai langkah kawalan perebakan penyakit FMD.

Walaupun kita kesan kes terbaru di Mersing, tetapi arahan ini kita kuatkuasakan di semua daerah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Buat masa ini, ternakan yang dikesan mempunyai penyakit FMD, masih dirawat.

Ismail berkata demikian ketika mengulas mengenai penyebaran surat larangan serta merta aktiviti pemindahan ternakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bertarikh 12 Jun di media sosial dan aplikasi WhatsApp.


Beliau berkata sebarang pergerakan ternakan dalam negeri ini sepatutnya perlu diuji untuk penyakit FMD dan perlu mendapat permit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri bagi mengelakkan penyakit itu daripada merebak.

Sebaliknya, peniaga atau penternak bertindak menggunakan permit lain dan tidak mengikut prosedur Jabatan Veterinar negeri, kata Ismail.

“Proses pemindahan lembu melibatkan negeri misalnya perlu mendapatkan kebenaran dari jabatan dan elakkan melakukan sebarang pemindahan secara tidak
sah,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan penternak agar mendapatkan nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri jika didapati ada ternakan yang dilihat tidak sihat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori