Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dek Layanan Tak Cukup,...

PENUMPANG sebuah pesawat syarikat penerbangan Cathay Pacific dengan nombor penerbangan CX746 dari Dubai,...

Bayi Alami Pendarahan Dalam...

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan pada otak...

Video: Sekumpulan Gajah Serang...

VIDEO ini memaparkan detik cemas yang dialami oleh seorang penunggang motosikal ketika diserang...

Guan Eng Saman Raja...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuntut ganti rugi am...

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di P.Dickson

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 28.5 Lebuhraya Seremban-Port Dickson malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Zainudin Ahmad berkata siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pada pukul 8.30 malam itu, berpunca daripada kereta BMW yang dipandu laju oleh seorang lelaki.

“Kereta tersebut kemudiannya melanggar belakang motosikal Muhammad Azmi Mohd Zin, 21, yang menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya manakala kereta terbabit terbabas masuk ke dalam longkang tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata akibat kemalangan tersebut, Muhammad Azmi mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Lim Kah Weng, 33, dan penumpang warga Vietnam, Huynh Ngoc Ha, 20, mengalami kecederaan.

Beliau berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan susulan.


“Ketika kemalangan, cuaca baik serta keadaan jalan adalah lurus dan gelap di sekelilingnya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori