LYON – Seorang fan Ireland Utara berusia lingkungan 60 tahun meninggal dunia ketika menyaksikan pasukan kesayangannya beraksi menentang Ukraine di Stadium Parc Olympique Lyonnais, Lyon, kelmarin.
Polis tempatan mendapat pengesahan tragedi itu tidak lama setelahIreland Utara memastikan kemenangan atas Ukraine di Lyon.
Dalam laporan, disebutkan fan yang tidak disebutkan namanya itu terjatuh kerana serangan jantung menjelang pertandingan berakhir.
Katanya, sempat membuat panggilan kecemasan dari penonton yang berada di stadium, pada minit ke-80 apabila fan tersebut terjatuh. Namun pasukan perubatan kemudiannya tidak dapat menyelamatkan nyawanya. -MYNEWSHUB.CC