Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Doktor HSNZ Ditemukan Mati...

KUALA TERENGGANU - Seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah...

Perlu Jalani Latihan Untuk...

KUALA LUMPUR - Pengamal perubatan sama ada swasta atau awam perlu menjalankan latihan...

Ngeri! Kolam Renang Kaca...

SANGGUPKAH anda berenang di puncak pangsapuri mewah setinggi 42 tingkat dengan dasar kolamnya diperbuat...

Madius Simpan Impian Besar...

TUARAN - Tatkala berjam-jam menyusuri denai, lurah dan lembah dari Kampung Lokos di...

Perang Bendera Dan Poster PRK Sg. Besar Makin Rancak

SUNGAI BESAR – Perang bendera dan poster sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini semakin rancak.

Sebaik dimuktamadkan penamaan calon yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, jentera parti yang bertanding giat memasang bendera dan sepanduk masing-masing selain turun padang menemui pengundi.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi pada lewat malam tadi dan pagi ini mendapati aktiviti pemasangan bendera, kain rentang serta sepanduk calon bertanding giat dijalankan, namun tidaklah agresif berikutan kempen pilihan raya berlangsung dalam bulan Ramadan.

Seperti biasa, golongan belia lazimnya antara tulang belakang dalam menyempurnakan tugas itu, sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam, berpanas di bawah terik matahari menyiapkan ‘markas’ serta memasang bendera parti.

Sepanjang laluan kiri dan kanan jalan termasuk atas jejantas dari Sekinchan hingga ke pekan Sungai Besar, sudah banyak kelihatan bendera Barisan Nasional (BN), PAS dan Amanah berkibar sekali gus merancakkan bahang menjelangnya PRK Parlimen itu.

Malah, kehadiran jentera parti dari luar kawasan dan negeri ini juga semakin ramai dengan fokus utama mereka sebelah siangnya adalah mengunjungi rumah penduduk untuk mempromosikan calon masing-masing.

Petugas jentera Shahrul Othman, 27, ketika ditemui bersama enam rakannya yang sedang memasang poster dan bendera parti hari ini, mengakui kempen pilihan raya dalam bulan Ramadan sedikit membosankan.

“Dalam bulan puasa, biasanya aktiviti pasang bendera dilakukan pada sebelah malam selepas solat tarawih. Kalau pasang sebelah siang, memang kami akan cari kawasan yang teduh untuk pasang. Nanti cepat letih,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Haji Dorani.

Muhammad Abdul Malik, 28, pula berkata disebabkan semangat yang berkobar-kobar, mereka rela turun memasang bendera dan poster meskipun telah memasang pada lewat malam tadi.


“Kalau duduk di markas sahaja tanpa buat apa-apa pastinya mengantuk, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Daripada tidak berbuat apa-apa baik kami pergi pasang,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di ‘kedai kopi’ dengan beberapa penduduk Sungai Besar rata-rata berharap kempen parti politik sempena PRK ini wajarlah diadakan secara sederhana terutamanya bagi memelihara kemuliaan bulan Ramadan.

Rosli Sidek, 58, dari Kampung Sungai Limau berkata tanpa kempen ‘keterlaluan’ pun pengundi tetap akan membuat pilihan dengan kecenderungan memihak kepada calon yang bijak berkempen secara berhemah seperti menjaga percakapan dan bahasa yang digunakan.

“Apa yang kita harapkan calon-calon ini biarlah matang berkempen dengan tidak menyerang peribadi lawan, sebaliknya memaklumkan agenda pembaharuan jika terpilih menjadi wakil rakyat,” katanya.

Kempen cara berhemah ini juga disokong seorang juruteknik Kamsani Abu Samah, 36, yang berharap tidak menggunakan surau atau masjid sebagai medium berkempen.

“Tak perlu buat besar-besaran, sampai pasang banyak bendera di setiap penjuru jalan sampai kadang-kadang menghalang pemandangan,” katanya yang berharap calon tidak hanya mesra rakyat dalam tempoh berkempen, sebaliknya terus meletakkan permasalahan penduduk sebagai agenda utama selepas menang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori