Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Erdogan Bertemu Khabib Di...

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan bertemu dengan juara MMA, Khabib Nurmagomedov pada 29...

Rasmi… Mahathir Angkat Sumpah...

TUN Dr. Mahathir Mohamad cipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali...

Jangan Parkir Ikut Suka...

KLANG - Jangan parkir ikut suka kerana hendak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan...

Khairy Ajak Remaja Nilai...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengajak generasi belia menilai...

Brexit Dijangka Tak Jejas Perdagangan Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdagangan Malaysia dijangka tidak terjejas teruk dengan keputusan United Kingdom (UK) untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata hala tuju perdagangan global masih berada di landasan yang betul.

Bagaimanapun, situasi sekarang di Eropah mewajarkan satu pendekatan baharu dalam rundingan perdagangan, kata Ong kepada pemberita selepas melancarkan ‘Meneroka Peluang e-Dagang di China menerusi Seminar Platform Dalam Talian Industrial and Commercial Bank of China (ICBC)’ di sini, hari ini.

UK dijangka keluar dari EU selepas referendum yang diadakan menunjukkan 51.7 peratus rakyatnya mengundi agar negara itu keluar daripada blok tersebut.

Ong juga berkata perkembangan terbaharu dalam EU itu akan memberi sedikit kesan kepada rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang berlangsung antara Malaysia dan blok ekonomi itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian itu Tan Sri Rebecca Sta Maria berkata rundingan FTA Malaysia-EU akan diteruskan seperti yang dijadualkan lewat tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada seminar itu, Ong menggesa pengeksport tempatan memulakan e-Dagang agar dapat mengembangkan bahagian pasaran mereka di China.


Seminar itu adalah kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan ICBC, yang menawarkan platform dalam talian ‘Rong E Gou’ bagi peserta Malaysia.

Rong E Gou ICBC mencapai urus niaga terkumpul bernilai lebih 870 juta renmimbi dan memiliki lebih 30 juta pelanggan berdaftar pada 2015.

Awal tahun ini, platform e-Dagang itu membuka satu halaman yang dikhususkan bagi produk Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori