Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemakaian Tudung Tak Jejaskan...

MELAKA - Pemakaian tudung oleh pekerja Islam tidak akan menjejaskan sesebuah destinasi pelancongan...

Polis Siasat Dakwaan Neelofa...

SEREMBAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa...

Mesut Ozil Tunai Umrah...

PEMAIN sensasi Arsenal, Mesut Ozil telah berangkat ke Makkah, Arab Saudi baru-baru ini...

New Zealand Melaporkan Kes...

WELLINGTON: New Zealand melaporkan kes pertama varian Omicron BA.4 di sempadan, di tengah-tengah...

Perkukuh Hubungan Sesama Insan Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu mengambil peluang bersempena bulan Ramadan untuk memperkukuhkan hubungan sesama insan khususnya yang kurang berkemampuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri dalam perutusan Ramadannya berkata umat Islam sememangnya dituntut untuk mempertingkatkan sumbangan dan khidmat kepada mereka yang memerlukan pada bulan yang mulia ini.

“Kita bersyukur kerana umat Islam di Malaysia sentiasa dapat menyumbang dan membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dari dalam dan luar negara.

“Melalui sumbangan ini, kita bersama dapat merasai kesusahan golongan yang tidak berkemampuan dan puasa ini sebenarnya mampu meningkatkan tahap insan manusia untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka dengan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Perutusan perdana menteri bersempena menyambut bulan Ramadan itu dimuat naik di laman web www.najibrazak.com hari ini.

Najib juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil peluang bersempena bulan Ramadan untuk mengukuhkan aspek kerohanian bagi mencapai kejayaan dalam aspek kehidupan yang lain.

Ibadah puasa, katanya telah terbukti dapat melatih manusia supaya sentiasa bersabar untuk menghadapi sebarang bencana dan pergolakan hidup.


“Bahkan, puasa juga melatih kita agar menepati masa terutamanya ketika bersahur dan berbuka puasa,” katanya.

Perdana menteri turut berharap agar bulan Ramadan tahun ini dapat mengangkat ketakwaan umat Islam melalui ibadah berpuasa.

“Semoga negara kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini.

“Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori