Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pendakwaan Kes SRC Mohon...

KUALA LUMPUR ā€“ Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Beras Cap Rambutan Beras...

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengesahkan tiada bendasing plastik ditemui...

Adibah Noor ‘Pencen’ Jadi...

SELEBRITI Adibah Noor, 46, mendedahkan sudah meletak jawatan sebagai juruhebah radio Suria FM...

VIDEO: Sedih.. Hari Terakhir...

KAMIƃā€šĆ‚Ā yakin ramai peminat bekas penyampai Hot FM, Kieran masih merindui suaranya selepas mengambil...

Persiapan Aidilfitri Musnah, 2 Rumah Setinggan Terbakar

KUALA LUMPUR – Persiapan awal sebuah keluarga untuk menyambut Aidilfitri tahun ini, musnah selepas rumah setinggan yang didiami mereka di Kampung Masjid, Segambut Dalam di sini, terbakar pagi tadi.

Kebakaran kira-kira 9.30 tadi itu turut merebak ke rumah jiran sebelah.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Jelani Ahad berkata siasatan awal mendapati api bermula daripada dapur sebuah rumah sebelum merebak ke dapur jiran melalui ruang kecil antara bumbung dan dinding pengasing di kedua-dua rumah itu.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua-dua rumah berkenaan, masing-masing berkeluasan 750 kaki persegi.

Tiga jentera dengan kekuatan 20 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Sentul dan Jinjang tiba di lokasi kejadian pada 10.39 pagi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.29 pagi.

Kelewatan bomba tiba di lokasi kejadian kerana kelewatan menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu, katanya kepada pemberita.

Mangsa Sahib Abdul Wahab, 32, yang telah menyewa di situ sejak 10 tahun lepas, berkata semasa kejadian ibu mertua serta sepasang anaknya, perempuan dan lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun, sedang tidur di dalam rumah.

Mereka telah dikejutkan oleh jeritan jiran, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sahib berkata segala persiapan awal menyambut lebaran iaitu pakaian dan kelengkapan raya keluarganya, hangus dijilat api dalam insiden itu.


Beliau yang bekerja dengan sebuah syarikat pengurusan acara, sedang bertugas di sebuah pusat membeli-belah di sini, dan isterinya juga sedang bekerja, semasa kejadian tersebut.

Sahib berkata beliau dimaklumkan mengenai kebakaran itu oleh isterinya, yang menghubungi beliau pada 10.15 pagi.

Sementara itu jirannya, Zarith Natasya Mustafa Kamal, 16, berkata bau asap yang kuat telah menyedarkannya yang sedang tidur bersama dua adik perempuan dan seorang adik lelakinya.

Zarith Natasya berkata beliau bergegas membawa keluar adik-adiknya selepas menyedari api merebak begitu cepat di dalam rumahnya.

“Peralatan sekolah semua hangus…emak, ayah dan pak cik pula bekerja ketika rumah kami terbakar,” kata pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut itu, dalam nada sedih.

Sementara itu, Jelani berkata anggotanya telah bertindak pantas bagi mengawal api daripada merebak ke 10 buah lagi rumah yang terletak berhampiran kedua-dua rumah yang terbakar itu.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat, dan kesemua mangsa akan ditempatkan buat sementara di sebuah masjid di kawasan itu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori