Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sukan Jiu Jitsu Antarabangsa,...

NAMA Malaysia terus harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Adam Akasyah meraih...

Australia Tak Campur Kes...

CANBERRA - Kerajaan Australia tidak akan campur tangan dalam sistem keadilan Malaysia, kata...

Zul Ariffin Dedah Cerita...

SEBELUM ini pernah terdengar cerita mengatakan aktor kacak Zul Ariffin semakin sombong dan...

Telco Ikrar Laksana Formula...

KUALA LUMPUR - Sektor industri telekomunikasi menyokong keputusan kerajaan mengenakan Cukai Barang dan...

Pesawat American Airlines Dikosongkan, Asap Dari Kabin

LONDON – Penumpang pesawat American Airlines terpaksa dikeluarkan menggunakan gelongsor kecemasan selepas asap keluar dari kabin ketika pesawat berada di Lapangan Terbang Heathrow, semalam.

Rakaman video menunjukkan beberapa penumpang termasuk kanak-kanak kelihatan mengelongsor keluar dari pesawat yang terletak di Terminal 3.

Seorang saksi yang juga penumpang pesawat lain, Ross Hiscock, berkata dia melihat asap keluar daripada pesawat ketika pintunya dibuka. “Saya terfikir adakah ia normal atau sekadar asap biasa.

“Tidak lama kemudian pintu pesawat kanan dan kiri dibuka dan anak kapal keluar dari pintu tengah pesawat.

“Saya juga menyangka jika ia latihan kecemasan namun kemudian saya melihat penumpang. Seorang daripadanya membawa kanak-kanak. Ia berlaku sangat pantas.


“Semua orang kelihatan okay,” katanya. American Airlines berkata, 25 penumpang diarah meninggalkan pesawat menggunakan gelongsor kecemasan, manakala penumpang selebihnya serta anak kapal menggunakan laluan biasa.

Lapangan Terbang Heathrow dalam satu kenyataan mengesahkan ‘masalah teknikal’ yang terbabit berjaya diselesaikan. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori