Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Insentif RM30,000 Bagi Kakitangan...

PUTRAJAYA - Kakitangan awam yang berjaya mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan dianugerahkan...

Gambar Gadis Aceh Dihukum...

BEBERAPA keping gambar memaparkan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat kepada enam wanita atas...

Jangan Buat Spekulasi Siasatan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak...

PAS Sokong Perbetulkan Tabung...

KUALA LUMPUR - PAS mengalu-alukan langkah bagi memperbetulkan dan membaiki Lembaga Tabung Haji...

Petugas Bernama Akan Dipanggil Berhubung Artikel Palsu

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan memanggil petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penerbitan beberapa artikel palsu yang mengaitkan agensi tersebut sebelum ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya memandang serius kegiatan berkenaan dan sedang bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu dan dalang di sebalik penyebaran artikel palsu tersebut.

“Kami akan rakam percakapan petugas Bernama dan bekerjasama dengan SKMM bagi mengesan mereka yang terlibat dan motif berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Pada 11 Mac lalu Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk ‘Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu’ dan pada 20 April lalu, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel ‘Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri’.

Laporan polis seterusnya pada 4 Mei berhubung artikel ‘UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya – Veteran’ dan pada 16 Mei mengenai berita ‘Najib Tangguh Lawatan Rasmi ke Terengganu’ dan ‘SKMM Tahan Empat Kes Sebar Berita Palsu’.

Awal Jun lalu Bernama sekali lagi dikaitkan dengan artikel berhubung ‘Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu’ mula tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menerusi artikel tersebut penulis berkenaan bukan sahaja menjadikan Bernama sebagai sumber malah meletakkan nama Ketua Biro Terengganu sebagai individu yang menulis.


Ini adalah insiden kali keenam melibatkan Bernama Terengganu sejak negeri itu dilanda pelbagai krisis politik tahun ini.

Rosli dalam pada itu berkata pihak SKMM juga sedang mengesan dan menjejaki Internet Protokol (IP) yang digunakan pihak terbabit dengan itu pihak berkuasa dapat menjejaki mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Dengan siasatan serta tindakan yang dilaksanakan ini, kami yakin dapat mengetahui IP yang digunakan milik siapa, sekali gus dapat mengesan dalang perbuatan tersebut,” katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita dan anasir yang tidak berasas seperti itu kerana dapat menggelirukan orang ramai sekali gus mengganggu-gugat kestabilan negeri Terengganu sendiri.

Beliau mahu orang yang melakukannya di heret ke muka pengadilan untuk memberi pengajaran supaya tidak lagi berlaku sebarang fitnah dan perkara perkara yang boleh mengganggu kestabilan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori