Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Kabinet & Netizen...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Kabinet dan anggota Parlimen serta pengguna internet atau lebih...

Pemandu Jengkaut Mengaku Tidak...

PETALING JAYA - Seorang pemandu jengkaut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

JKM Beri Kaunseling Kepada...

KUNDASANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberi khidmat kaunseling kepada 56 mangsa...

‘Harum Manis Perlis Tiada...

Kangar : Reputasi Perlis sebagai pengeluar buah mangga Harum Manis utama di negara...

PKPM Agihkan Makanan Sahur Kepada Gelandangan

GEORGETOWN – Sekumpulan sukarelawan daripada Persatuan Komuniti Penyayang Malaysia (PKPM) mengagihkan lebih daripada 300 bungkusan makanan untuk bersahur kepada golongan gelandangan di bawah program singgah sahur di sini awal pagi tadi.

Pengerusinya, Dr Nurulakmal Mohd Sharif berkata tujuan program tersebut dijalankan adalah bagi menerapkan sifat prihatin dan kasih sayang dalam kalangan anggota PKPM.

Selain mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar bangunan Komtar, Masjid Kapitan Keling dan Jeti Terminal Feri, mereka juga telah ke Wisma Anak Yatim Pulau Pinang memberikan barangan keperluan serta duit raya.

“Program ini merupakan program kedua pihak PKPM setakat ini di mana program pertama PKPM ialah di Baling, Kedah. Setakat ini, maklum balas yang kami terima adalah amat baik.


“Kami berharap sedikit sebanyak ia dapat membantu golongan yang memerlukan. Selepas Pulau Pinang, kami akan ke Pengkalan Hulu pada minggu hadapan dan Kerian di Perak pada minggu terakhir Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas program itu di sini.

Nurulakmal berkata, sumbangan makanan ditaja sepenuhnya oleh Said Katering dan PKPM turut membelanjakan lebih RM10,000 bagi keseluruhan program Singgah Sahur itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori