Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Uber Lancar UberMOTO Di...

DHAKA - Syarikat pengangkutan teksi dalam talian, Uber pada Selasa mengumumkan pelancaran perkhidmatan...

Konsert Mega Gegar Vaganza...

PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali...

‘Kalau Tak Bagus, Biar...

KUALA LUMPUR: Melancarkan single ketiga khas buat permata hati berjudul Anak, pelawak Achey...

Cik Piah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai...

PKR Dakwa Kenyataan Wan Azizah Diputar Belit

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kononnya kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diputar belit oleh akhbar Berita Harian.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa, Wan Azizah tidak pernah mencabar Mahathir supaya bertanding pilihan raya jika mahu menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.

“PKR mendapati berita bertajuk ‘Wan Azizah mencabar Tun M bertanding dalam PRU’ dalam akhbar Berita Harian memutarbelitkan makna asal kenyataan yang dibuat Presiden PKR.

“Apabila menjawab pertanyaan wartawan Berita Harian, Wan Azizah tidak membuat sebarang cabaran kepada Mahathir untuk bertanding dalam pilihan raya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Wan Azizah mencabar Mahathir supaya bertanding pilihan raya jika mahu menggantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang apabila ditanya mengenai isu itu oleh para wartawan.

Kata Azizah: “Jika beliau (Mahathir) mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli dalam mana-mana parti terlebih dahulu.”


Fahmi mendakwa, Wan Azizah dalam kenyataan itu cuma mahu menyatakan bahawa seorang Ketua Pembangkang Parlimen tidak boleh dilantik dengan sewenang-wenangnya tetapi mesti dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada.

Justeru, katanya, PKR kesal dengan tindakan Berita Harian kerana didakwa memutarbelitkan isu itu gara-gara membuat kesimpulan lebih daripada fakta.

Desas-desus bagaimanapun menyebut PKR Pusat terpaksa membuat penafian itu kerana mendapat bantahan kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan DAP yang menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menjatuhkan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori