Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wan Azizah Tepis Dakwaan...

KLANG – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN...

Kami Akan Lawan –...

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan sukar di pentas Liga Juara-Juara...

94.9 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Seramai 22,214,490 individu atau 94.9 peratus kadar populasi dewasa di...

2 Maut, 2 Hilang,...

WASHINGTON (AFP) - Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di luar perairan Long Island,...

PM Selar Samakan Bantuan Kerajaan Dengan Dedak

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak yang menyamakan bantuan kerajaan kepada rakyat dengan dedak.

Beliau menyifatkan tindakan sedemikian sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Kerajaan Barisan Nasional bina sekolah, bina rumah, bina jalan, semua ini untuk rakyat, bukannya bagi makan dedak.

“Dedak itu makanan haiwan, tidak patut disamakan dengan bantuan yang diberikan kerana kita prihatin dengan keperluan rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Perdana menteri juga meminta pihak berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan itu dan merendahkan bantuan yang kerajaan hulurkan kepada rakyat.


“Janganlah ada yang kehilangan modal politik kini bermain pula dengan retorik dan kata-kata kesat serta merendahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori