Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kadar Munasabah Gaji Pengurusan...

KUALA LUMPUR - Gaji dan elaun pengurusan tertinggi dan anggota lembaga pengarah di...

Aedy Ashraf Akui Tidak...

SEBUT sahaja nama pelakon, Aedy Ashraf pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya...

Wajah Gadis Tercantik Di...

Peribahasa 'malang tidak berbau'ƃā€šĆ‚Ā sering dikaitkan dengan kemalangan. Oleh sebab itu kita disarankan berhati-hati...

Penggodam Papar Data Peribadi...

KUALA LUMPUR - Sejumlah data peribadi kakitangan Universiti Malaya (UM) dibocorkan di internet...

Takziah Dari PM Buat Famili Arwah Dollah Kok Lanas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas yang meninggal dunia hari ini.

Abdullah, 79, merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, iaitu ayahanda Najib.

“Saya terima berita sedih bahawa Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih mesra Dollah Kok Lanas, telah pulang ke rahmatullah.

“Allahyarham amat rapat dengan arwah ayahanda Tun Razak dan keluarga saya. Takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Facebook.

Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.15 tengah hari tadi dipercayai akibat kanser.


Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Fauziah Mohamed Darus dan tiga orang anak iaitu dua lelaki, Addha Amir, 47; dan Fuad, 42; serta seorang anak perempuan Didi, 45. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori