Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masalah Hutang Serius Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan institusi perbankan termasuk Bank...

Gempa Bumi Lombok: 19...

MATARAM - Satu gempa bumi besar berukuran magnitud 7.0 di Pulau Lombok, Indonesia...

Seks Guna Jari: Warga...

PUTRAJAYA - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan sebatan dua...

PPR Keprihatinan Kerajaan Bantu...

JASIN - Program Perumahan Rakyat (PPR) mencerminkan keprihatinan kerajaan membantu golongan 40 peratus...

PM Umum Lulus RM43.5 Juta Bina Jambatan Manong

KUALA KANGSAR – Hasrat pembangkang cuba menjadikan ketiadaan jambatan di Manong menghubungkan kira-kira 10,000 penduduk tempatan sebagai bahan politik sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen itu kini ‘terbantut’.

Ia susulan pengumuman secara mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang serta-merta meluluskan peruntukan RM43.5 juta bagi membina Jambatan Manong dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer.

Beliau berkata, permintaan bagi membina jambatan merentasi Sungai Perak itu diakui sudah lama dibuat penduduk di Manong sendiri dan pihak kerajaan menyedari ia sememangnya menjadi satu keperluan bagi masyarakat di sini.

“Projek jambatan itu memang sudah lama diminta penduduk sini, tapi yang diketahui memang belum pernah ada lagi konon majlis letak batu asas oleh wakil rakyat setempat seperti kerap didakwa oleh pembangkang selama ini.

“Saya ada menghubungi Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadilah Yusoff) sendiri, dia menyatakan memang penduduk di sini hendak sangat sebuah jambatan. Bukanlah pembinaan jambatan besar macam Jambatan Pulau Pinang.

“Sebaliknya yang sesuai (dengan kapasiti penggunaan), yang perbelanjaannya berbaloi,” kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kariah masjid dan penduduk setempat di Masjid Nurul Huda, Manong.

manong2
Perkhidmatan bot tambang antara Manong dan Seberang Manong. – Gambar hiasan

Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kepada kumpulan ibu tunggal dan anak yatim. Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau sambil beramah mesra dengan penduduk di bazar Ramadan di sekitar pekan Manong.

Cadangan menyegerakan pembinaan jambatan Manong merupakan antara aku janji calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid selain menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah sebagai universiti penuh.


Ia dijadikan isu oleh pembangkang yang mendakwa konon wakil rakyat BN sebelumnya termasuk bekas menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz gagal membina jambatan tersebut dan telah lima kali melakukan upacara pecah tanah.

Ketiadaan jambatan menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berulang-alik menyeberangi sungai antara Manong dan Seberang Manong dengan hanya menggunakan perkhidmatan bot tambang serta mengambil masa 30 minit.

Bagaimanapun ADUN BN Manong, Muhamad Kamil Shafie menafikan tohmahan jahat pembangkang itu malah menjelaskan tiada acara pecah tanah untuk projek pembinaan jambatan berkenaan. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori