Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita, Lembaga Pengarah Dan...

APABILA Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tekad...

Makan Guna Chopstick Dapat...

MENERUSI satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika...

Nilai Kerugian Banjir Di...

KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang menimpa wilayah Pantai Timur dan kemudian...

PM Nasihat Peniaga Patuhi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mahu semua peniaga di seluruh negara supaya mematuhi...

Polis Ambil Keterangan Tun M Berkaitan Kenyataan Idi Amin

PUTRAJAYA – Polis hari ini mengambil keterangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda, Idi Amin.

Proses rakaman kenyataan yang dijalankan oleh beberapa pegawai polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, di sini.

Peguam yang mewakili Dr. Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika dihubungi oleh Bernama mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Baca: Tun M Biadap Anggap Najib Ala Diktator Idi Amin

Juga: BN Menang Besar Bukti Tun M Ditolak Rakyat

cna
Mahathir Mohamad ketika diwawancara koresponden Channel NewsAsia, Melissa Goh di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

“Dalam 20 minit. Dalam 30 soalan. Ada soalan-soalan yang Tun dinasihatkan oleh peguam untuk tidak jawab,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Bernama.

Dr. Mahathir didakwa mengeluarkan kenyataan ‘panas’ tersebut ketika beliau berucap pada kempen ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, di Perak baru-baru ini.


Dalam pada itu, ketika diwawancara oleh Melissa Goh, koresponden stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, beliau tidak menafikan kenyataan itu.

Malah Dr. Mahahir dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik ‘label’ Idi Amin terhadap Najib yang pernah diucapkannya itu. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori