Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kehadiran Bekas, Pemimpin UMNO...

TEMERLOH - Kehadiran bekas dan pemimpin UMNO pada Sambutan Ulang Tahun ke-3 Parti...

Miliki 10 Mahkota Ditempah...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd.,...

DCA Tidak Terima Permohonan...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi...

Mahathir Dakwa Konon Agong...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menyatakan kesediaan...

Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan 4 Sekeluarga

GEORGETOWN – Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat sekeluarga dan seorang pembantu rumah dalam serbuan di Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah itu dalam serbuan di kondominium mewah, di Sungai Ara, dekat sini pada 8 pagi.

Sumber berkata polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan beberapa peralatan memproses dadah.

“Polis masih menyiasat tempoh aktif makmal dadah tersebut dan juga pasarannya sama ada untuk pasaran dalaman ataupun pasaran luar,” menurut sumber itu.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori