Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RTM Rai Ulang Tahun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) pada Khamis melakar detik bersejarah meraikan...

Tak Praktikal Nelayan Tanam...

ALOR SETAR - Agak mengejutkan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan...

SST Berjalan Lancar, Aduan...

KULIM - Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini secara...

Penduduk Pulau Pinang Gesa...

GEORGE TOWN - Banjir kilat berterusan yang melanda Pulau Pinang pada minggu lepas...

Polis Brazil Tunjuk Perasaan Sebab Tak Cukup Tisu Tandas

RIO DE JANEIRO – Keadaan di bandar raya terbesar Brazil di sini menjadi kucar-kacir apabila ratusan anggota polis terpaksa mengadakan tunjuk perasaan semata-mata kerana mereka kekurangan bekalan tisu tandas dalam balai.

Seramai 300 anggota polis yang berpakaian baju hitam berdiri di tangga-tangga dewan undangan negeri kota raya itu awal pagi Isnin bagi membantah isu kelewatan pembayaran gaji bulanan dan kekurangan peralatan pejabat.

Ini meliputi daripada bekalan minyak untuk kereta peronda sehinggalah kepada bekalan tisu tandas yang amat tidak cukup menyebabkan bilik jamban di kebanyakan balai polis tempatan agak berbau busuk kepada petugas sendiri.

Brazil berada dalam kemelesetan terburuk untuk tempoh 25 tahun dan Rio de Janeiro masih menantikan bantuan bajet tambahan sekitar 2.9 bilion real (RM3.4 bilion) daripada pihak pemerintah persekutuan di ibu kota Brasillia.

Peruntukan tersebut amat kritikal sebagai persediaan untuk bandar raya itu memberikan lebih perhatian kepada tahap keselamatan paling tinggi menjelang persiapan Sukan Olimpik Musim Panas 2016 yang julung kali diadakan.

Polis Brazil Tunjuk Perasaan Sebab Tak Cukup Tisu Tandas

Media tempatan melaporkan, tunjuk perasaan sama turut berlaku di 14 buah negeri lain di seluruh Brazil dengan melibatkan ribuan anggota polis yang menuntut hak kenaikan pembayaran gaji mereka sehingga 80 peratus.


Ini menyaksikan polis persekutuan dan tentera dikerah untuk menjaga ketenteraman awam di sebalik kebimbangan atlet antarabangsa terhadap penularan wabak virus zika ketika berlangsung temasya Olimpik pada bulan depan.

Sementara itu, pada masa sama kadar jenayah kekerasan semakin meningkat, sekali gus menyaksikan ramai pegawai polis Rio de Janeiro cedera akibat berdepan dengan pengedar dadah yang lengkap bersenjata berat.

Setakat ini ini, seramai 52 pegawai polis tempatan mati dibunuh oleh geng penjenayah di bandar raya tersebut, manakala 85 yang lain turut mengalami nasib yang sama sepanjang tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori