PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melakukan rondaan keselamatan secara kerap di tiga ‘kawasan panas’ sekitar Subang Jaya, di sini yang dikhuatiri menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata tiga kawasan itu ialah pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery dan Subang Parade yang merupakan kawasan strategik serta tumpuan pengunjung.
“Kami menerima arahan terbaharu dari Bukit Aman untuk menjalankan operasi khas ini sebagai langkah pencegahan menangani berlakunya kes melibatkan ancaman Daesh,” katanya. – BERNAMA