Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aktif Di FB Mungkin...

KUALA LUMPUR: Satu akaun Facebook milik Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim...

543 Kakitangan NSTP Terima...

SHAH ALAM - Seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia...

Dani Carvajal Terlepas Euro...

MADRID - Real Madrid mengesahkan bahawa pertahanan kanan, Dani Carvajal mengalami kecederaan hamstring...

Setuju Teruskan Pelarasan Pengeluaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersetuju melanjutkan pelarasan pengeluaran minyak sehingga 31 Dis, 2018,...

Polis Perak Siasat Rafizi Ugut Perdana Menteri

KUALA KANGSAR – Polis Perak membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung kenyataannya yang berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kertas siasatan itu dibuka mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

“Kami akan memanggil Rafizi untuk mengambil keterangannya dalam tempoh terdekat. Walaupun dia kata bergurau, tetapi ini adalah satu ugutan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Menurut laporan media sosial, Rafizi dalam satu ceramahnya di Kuala Kangsar pada Khamis lepas dipetik berkata ‘mahu membaling bom atom’ kepada perdana menteri.

Empat laporan polis turut dibuat beberapa penduduk Kuala Kangsar berhubung kenyataan Rafizi itu.

Mengenai perjalanan PRK itu, Abdul Rahim berkata pihaknya menerima 16 laporan berhubung salah laku pilihan raya dan membuka enam kertas siasatan pada PRK Kuala Kangsar sejak hari penamaan calon 5 Jun hingga semalam.

“Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin dan akan merujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim menasihatkan jentera parti yang bertanding supaya menjaga perlakuan masing-masing dan elakkan perkara yang boleh mencetuskan provokasi termasuk mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.


“Bagaimanapun, pilihan raya kecil ini adalah yang terbaik pernah saya lalui kerana tidak berlaku insiden yang besar sehingga mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam di sini,” katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori