Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Silap Sebut Nama, Cubaan...

LUCU pula apabila terbaca salah satu komen peminat menerusi salah satu posting terbaharu...

Mee Kari Dan Bubur...

Pernahkah anda terfikir untuk menikmati sajian bubur nasi, mee kari atau nasi ayam...

Lima Sekeluarga Mati Lemas...

HULU TERENGGANU - Lima sekeluarga termasuk dua orang kanak-kanak perempuan mati lemas ketika...

Penjelajah British, Henry Worsley...

SEORANG pengembara lagenda dari Britain, Henry Worsley dilaporkan maut dalam percubaan solonya untuk menjadi...

Polis Sabah Rampas Lebih 5kg Syabu Bernilai RM360,000

TAWAU – Polis Sabah merampas lebih lima kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM360,000 selepas menahan dua lelaki di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau, di sini kira-kira 7.15 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek pertama berumur 36 tahun yang baru tiba dari Kuala Lumpur ditahan untuk diperiksa selepas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau mendapati suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki itu dibawa ke Balai Polis Lapangan Terbang Tawau untuk pemeriksaan lanjut ke atas bagasi yang dibawa iaitu satu beg beroda warna hitam dan satu kotak warna coklat yang berbalut plastik lutsinar serta sebuah beg galas,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata suspek itu ditahan selepas hasil pemeriksaan kotak berwarna coklat itu, polis menjumpai satu beg bercorak kartun berisi dua bungkusan dibalut kertas pembalut hadiah dan di dalam bungkusan itu terdapat beg yang masing-masing mengandungi tiga serta dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Susulan itu, Abdul Rashid berkata suspek kedua berumur 43 tahun ditahan di hadapan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau dan dipercayai rakan kepada suspek pertama.


Kedua-dua suspek masing-masing berasal dari Miri, Sarawak dan Kunak, Sabah.

Turut disita sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori