Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Batal Flight, Ayda Jebat...

SEBAGAI selebriti yang dikenali, pastinya setiap tindak tanduk mereka akan diperhatikan oleh media...

Bapa Nafi Kematian Amirul...

TAIPING - Bapa seorang pelajar Malaysia yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat...

Pamer Sikap Rasis, Lim...

KENYATAAN rasmi kerajaan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa...

Perlis Bakal Jadi Pengeluar...

KANGAR - Perlis bakal menjadi pengeluar utama benih sayuran untuk keperluan tempatan dan...

Polis Sedang Buru Kumpulan Suspek Letupkan 2 ATM

PUTATAN – Polis telah mengenal pasti dan sedang memburu kumpulan suspek terlibat meletupkan dua mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di sini dan melarikan sejumlah wang tunai pada 24 Jun lepas, kata Ketua Polis Daerah Penampang DSP Rosley Hobden.

“Polis daripada awal lagi berusaha mengesan kumpulan suspek terlibat. Polis telah mengenal pasti dan sedang memburu kumpulan suspek terbabit,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Aidilfitri di sini hari ini.

Sumbangan untuk anggota keselamatan itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.

Rosley turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis membantu siasatan.

Pada 24 Jun lepas, lima penjenayah bertopeng dan dipercayai memiliki senjata tajam telah bertindak meletupkan dua mesin ATM milik sebuah bank di Putatan dan melarikan sejumlah wang dalam kejadian rompakan kira-kira 4.20 pagi.


Kumpulan penjenayah itu bertindak mengacukan pisau kepada seorang pengawal keselamatan bertugas di premis itu sebelum meloloskan diri menggunakan sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Viva.

Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah itu adalah suspek sama melakukan rompakan mesin ATM di daerah Membakut pada April lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori