Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

JPP Teras Perpaduan &...

KANGAR - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang diwujudkan untuk menjadi jentera transformasi sosial...

Amar Baharin Cedera Ditumbuk...

MALANG  tidak berbau.. pelakon drama yang makin meningkat naik, Amar Baharin dilaporkan cedera setelah...

Linangan Air Mata Iringi...

INCHEON - Linangan air mata mengiringi kejayaan pasangan atlet boling negara - Ahmad...

Polis Selangor Tahan 12...

SHAH ALAM - Polis menahan 12 lagi pelajar, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan...

PRK: BN Tidak Tabur Janji Manis Raih Undi

KUALA KANGSAR – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menyangkal dakwaan Parti Amanah Negara (Amanah) bahawa pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak polis di daerah ini adalah hanya janji manis Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pembinaan MRSM itu adalah agenda yang pasti ditunaikan oleh kerajaan BN.

“Orang yang tuduh kita, dia tak tahu apa-apa sebab mereka tak pernah jadi kerajaan. Dia tak tahu apa proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan projek berskala besar seperti MRSM.

“Contohnya MRSM Bagan Datoh yang pembangkang dakwa BN tipu rakyat. Kini, ia dalam fasa ketiga rundingan dan pemberian tender akan dilakukan pada Oktober ini manakala pembinaan dijangka bermula tahun depan melibatkan peruntukan RM110 juta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Surau Ehsaniah, Taman Sri Merchu di sini, hari ini.

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi yang mendakwa BN hanya menabur janji manis pilihan raya bagi memancing undi.

Sementara itu, Annuar berkata jentera BN terus bekerja keras dalam kempennya bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Selangor.


“Kita akan terus dekati pengundi dan sentiasa berwaspada dengan muslihat pembangkang yang menghasut pengundi di saat-saat akhir sebelum hari pengundian,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara BN, PAS, Amanah dan Bebas di Kuala Kangsar dan persaingan tiga penjuru di Sungai Besar melibatkan BN, PAS dan Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian diadakan serentak pada 18 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori