Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis, Isteri Maut...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah...

Kerajaan Kelantan Perlu Saman...

KUALA LUMPUR – Kerajaan PAS Kelantan digesa bertindak menyaman usahawan kosmetik Muhammad Sajat...

“Umar Selera Makan, Seronok...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tidak menyangka perubahan sikap ditunjukkan anaknya semalam merupakan...

Majikan Sabah Digalak Guna...

TAWAU - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggalakkan majikan di Sabah menggunakan sistem...

PRK K.Kangsar: BN Kesan Taktik Kotor Fitnah Mastura

KUALA KANGSAR – Barisan Nasional (BN) mengesan satu taktik kotor saat akhir kempen oleh pihak tertentu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, yang memfitnah calonnya, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata taktik kotor itu ialah menggunakan penyata bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & Partners yang dibuat pada 2012, bagi memburukkan calon BN itu.

“Slip (penyata) bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Mastura konon menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

“Pada hakikatnya slip itu hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & Partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengarah BN bagi PRK Kuala Kangsar berkata adalah lumrah untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau saham.

PRK K.Kangsar: BN Kesan Taktik Kotor Fitnah Mastura

Menurutnya, akaun bank firma bukan akaun peribadi serta diaudit setiap tahun oleh Majlis Peguam dan peguam tidak boleh menggunakan wang berkenaan kerana ia melanggar etika.

“Jadi tidak timbul Mastura terlibat dalam aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Saya menyeru pengundi-pengundi Kuala Kangsar agar tidak terhasut dengan fitnah jahat ini,” kata Zambry yang juga Menteri Besar Perak sambil menyifatkan taktik berkenaan sebagai perbuatan jijik.


Beliau berkata penyebaran penyata itu di laman sosial dan menjadi viral dikesan kira-kira 4 petang Jumaat menerusi aplikasi WhatsApp dan telah mengarahkan supaya laporan polis dibuat dengan segera.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan Sabtu berikutan kematian Anggota Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, PAN dan Bebas. – BERNAMA

#PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori