Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Jamin Data Peribadi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan data peribadi dalam aplikasi MySejahtera selamat kerana...

SPRM Tahan Enam Lelaki...

Shah Alam : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu selepas disyaki...

Tragedi 3 Maut Dalam...

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama...

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan...

PRK K.Kangsar: Proses Pengundian Lancar, Hampir 60% Keluar Mengundi

KUALA KANGSAR – Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253 daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah 75 peratus.

Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.

Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini.


Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian angggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori