Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peguam Untuk Hadapi Hukuman...

PUTRAJAYA - Badan kehakiman akan terus menugaskan peguam untuk mewakili mereka termasuk warga...

Kemurahan Hati Ayah Emma...

JIKA sebelum ini nama ayah Emma Maembong pernah tercalit kontroversi gara-gara komen panasnya...

Peningkatan Kos Sara Hidup...

KUALA LUMPUR - Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan...

ANGIN AHMAR: Isteri Mazidul...

PETALING JAYA - Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai...

PRK Sg.Besar: BN Puas Hati Kerjasama Parti Komponen

SUNGAI BESAR – Pergerakan jentera pilihan raya yang lebih tersusun dan kerjasama padu daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dipercayai mampu membantu calonnya Budiman Mohd Zohdi mengekalkan benteng parti di Sungai Besar.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata selain jentera UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan misalnya dilihat telah membuka bilik gerakan masing-masing bagi membantu kempen yang akan diadakan dalam bulan Ramadan ini.

“Setakt ini kita lihat MCA dan Gerakan misalnya mula turun padang dan berjumpa dengan pengundi Cina di Sekinchan dan kita lihat mereka (parti komponen) beri kerjasama cukup baik,” katanya dalam sidang media, di sini.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan Budiman ditentang calon dari PAS yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ditanya sama ada tumpuan yang lebih kepada pengundi Cina akan menjejaskan sokongan pengundi kaum lain terhadap BN, Noh yang juga Pengarah PRK itu menjelaskan perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan jentera parti mendekati semua pengundi tanpa mengira kaum.


Beliau dalam pada itu berkata pihaknya juga telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di setiap 30 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen Sungai Besar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen tersebut, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori