Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bos F1 Tuntut Siasatan...

LONDON - Bos Formula Satu (FA), Jean Todt meminta laporan penuh berhubung insiden...

“Selagi Banjir Tidak Surut,...

TEMERLOH - "Setiap kali hujan lebat, setiap kali itulah kami tidak tidur lena...

Teguran Ketua Audit Negara...

SHAH ALAM - Beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara berhubung aktiviti kawal...

RAS Semakin Dapat Perhatian...

BANGI - Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

PRK Sg Besar: Pakatan Harapan ‘Pengecut’

SUNGAI BESAR – Kempen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang dipenuhi tohmahan dan fitnah memperlihatkan mereka sebenarnya ‘pengecut’, kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata pendekatan yang diambil pakatan pembangkang itu menunjukkan mereka semakin ketandusan idea untuk menarik minat rakyat dan pengundi menghadiri program yang dianjurkan jentera terbabit.

Selain fitnah, taktik ganas dan provokasi yang menjadi amalan jentera pembangkang juga mengguris hati banyak pihak termasuk pengundi di kawasan terbabit.

“Maklum balas yang jentera Wanita UMNO terima daripada pengundi di sini adalah mereka amat kesal dengan cara jentera Pakatan Harapan berkempen, tabur fitnah sana sini, sudah tiada modal lain.

“Kita minta jentera Pakatan Harapan hentikanlah taktik sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan Sungai Panjang, di sini hari ini.

Shahrizat menyifatkan pengundi setempat amat memerlukan peningkatan ekonomi dan pembangunan dan yakin calon Barisan Nasional(BN), Budiman Mohd Zohdi mampu mengotakannya.

Beliau berkata bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon telah menjalankan tugas di kawasan itu dengan baik maka rakyat perlu memilih calon yang mampu membawa kesinambungan legasi tersebut.


Mengulas mengenai perjalanan gerak kerja jentera Wanita UMNO, Shahrizat berkata rakyat menerima kehadiran mereka berkempen dengan positif malah kawasan ‘hitam’ yang selama itu sukar ditembusi semakin terang.

Katanya, ‘mood’ berkempen jentera juga semakin mantap walaupun baru lima hari tempoh kempen bermula, malah hubungan silaturahim antara jentera dan rakyat juga amat baik.

Sempena kunjungannya hari ini, Shahrizat turut menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran bersama hampir 200 anggota Wanita UMNO di Masjid Ma’munah Sungai Nipah, Sungai Panjang, di sini.

PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori