Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Madrasah Pertama Belajar Guna...

KUALA TERENGGANU - Madrasah moden yang pertama di Terengganu akan mula beroperasi pada...

India: Antara Destinasi Emas...

CHINA dan India, dua negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi dunia. Namun,...

7 Bulan Jadi Maknyah,...

GILA.... Seorang bapa kepada dua anak, yang sanggup menukar penampilan dengan menjadi perempuan...

Curi Bekas Emas Simpan...

PENDUDUK Perancis telah dikejutkan dengan berita kehilangan bekas emas jantung permaisuri Perancis abad...

Program Penyelenggaraan KLIA2 Siap 62 Peratus

KUALA LUMPUR – Program penyelenggaraan khas menggunakan kaedah suntikan penurapan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk 2016, kini siap 62 peratus setakat Mei lepas.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi laporan perkembangan usaha itu yang diumumkan hari ini, berkata penyelenggaraan di empat lokasi lain di kawasan parkir pesawat itu juga siap bulan lepas dan ini membabitkan 24 daripada 39 lokasi yang dikenal pasti.

“Kemajuan penyelenggaraan itu menyaksikan pembaikan dari segi mendapan tanah serta pengurangan ketara (masalah) lopak air di klia2,” kata MAHB.

Menurutnya, kaedah suntikan penurapan itu menjadi pilihan kerana ia kurang menjejaskan operasi terminal.

Kaedah itu antara lain melibatkan proses menggunakan turapan simen bagi mengisi rekahan, lowong sama ada dalam atau di bawah konkrit untuk mengurangkan mendapan.


Di bawah pelan induk penyelenggaraa klia2 itu, MAHB sudah melaksanakan usaha berkenaan di 11 lokasi pada 2015.

Bagi tahun ini, sejumlah 39 lokasi dikenal pasti, termasuk empat lokasi di jalan rayap landasan dan 35 ruang di kawasan parkir pesawat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori