Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Transformasi Automotif Untuk Mobiliti...

SERDANG – Dasar Automotif Negara (NAP) 2018 akan terus mendukung transformasi​​​​​​​ industri automotif...

Nama Blok ‘Harapan’ Bakal...

ALAHAI... Perkataan 'Harapan' yang digunakan blok empat parti pembangkang bagi menggantikan nama Pakatan...

Salah Guna Antibiotik ‘Lahirkan’...

KUALA LUMPUR - Penyalahgunaan antibiotik bakal mewujudkan keadaan di mana kuman atau bakteria...

Keunikan Aiskrim ‘Dabai’ Dan...

KUCHING - Penggemar aiskrim kini berpeluang mencuba dua jenis aiskrim yang sinonim dengan...

Program ‘Rehiring’ PATI Tamat 30 Jun 2016

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau ‘Rehiring’ yang bermula pada 15 Februari lalu akan tamat pada 30 Jun ini.

Sehubungan itu, KDN dalam satu kenyataan media menyeru agar para majikan supaya segera mendaftarkan pekerja asing mereka bagi membolehkan PATI mendapat permit kerja yang sah di negara ini.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana majikan yang menggaji PATI selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/ 63 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil.

“Pada masa yang sama mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih dari lima orang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KDN, program `Rehiring’ oleh majikan dan PATI hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my dan syarat-syarat terperinci program itu turut boleh turut dimuat turun di laman sesawang berkenaan.


Kata KDN, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehmenghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1557 pada setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 11 malam. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori