Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Saya Beri Perhatian Berat...

TUARAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak mengambil alih...

Ali-Baba Jalan Terakhir Elak...

PETALING JAYA - Risiko gulung tikar akibat peningkatan kos operasi mendorong beberapa pengusaha...

Graduan Kejuruteraan Mekanikal Derita...

IPOH - Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Ungku Omar di sini yang...

Wanita Dan Tiga Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari...

Tamatnya ‘Era’ Mahathir.. Najib Lancar Perdana Baharu

PUTRAJAYA – Pelancaran Proton Perdana baharu, sedan eksekutif terkini oleh Proton Holdings Bhd (Proton), terbukti menjadi titik perubahan kepada pembuat kereta nasional itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelancaran itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Proton ke landasan kejayaan bagi menjana lebih banyak keuntungan dan memberi manfaat kepada negara.

Beliau berkata Proton boleh membuktikan bahawa ia merupakan penggiat yang serius dalam industri automotif, dan akan terus memain peranan utama dalam pembangunan bakat, vendor dan usahawan tempatan.

“Saya harap pelancaran Perdana baharu ini akan menjadi titik perubahan untuk Proton, dan akan membawa manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.

“Saya yakin Proton akan terus melakukan inovasi dan membuat penambahbaikan, menghasilkan kereta untuk rakyat Malaysia dan pelanggan di luar negara,” katanya pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini hari ini.

Titik Perubahan Kepada Pembuat Kereta Nasional - Najib
Titik Perubahan Kepada Pembuat Kereta Nasional – Najib

Najib yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Proton tidak berada pada kedudukan seperti yang sepatutnya, kurang penyelidikan yang tepat dan keupayaan pembangunan selain skala pengeluaran yang diperlukan untuk kekal kompetitif.

“Ada masanya ada sifat angkuh – bahawa Proton boleh buat apa sahaja kerana kerajaan akan sentiasa menyokongnya. Dua kilang dibangunkan (Tanjong Malim dan Shah Alam), yang berkeupayaan mengeluarkan 400,000 unit setahun.

“Namun, tahun lepas Proton hanya menjual 102,000 kereta,” katanya dan menambah penguasaan dalam pasaran automotif negara hanya kira-kira 15 peratus berbanding 74 peratus semasa kemuncaknya pada 1993.

Setakat ini kata Najib kerajaan sudah menyalurkan geran hampir RM14 bilion, pelbagai bentuk bantuan dan cukai ke atas Proton sejak ditubuhkan pada 1993.

Pada April, beliau berkata kerajaan meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings, tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pembuat kereta nasional itu.

“Ini bukan penyelamat memandangkan pinjaman itu mempunyai syarat ketat. Namun, keperluan mendesak untuk suntikan tunai menunjukkan hakikat bahawa wujud kelemahan serius dalam struktur Proton,” katanya.

Najib berkata Proton berjaya atas bantuan besar kerajaan dan industri kereta nasional berkembang di bawah perlindungan, kuota ke atas saiz enjin dan rakyat Malaysia membayar duti import yang tinggi ke atas kereta asing.


Menerusi bantuan kerajaan, perdana menteri berkata Proton mesti memenuhi standard ketat pengurusan profesional untuk bergerak ke depan, dan memastikan syarikat itu mempunyai model kestabilan jangka panjang dan segera mengenal pasti rakan strategik asing.

“Pinjaman itu bukan cek kosong. Syarikat mesti membuktikannya, dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Pada dasarnya Proton mesti membangunkan program eksport yang kukuh dan kurang bergantung kepada pembeli Malaysia,” katanya.

Najib berkata kerajaan mahu melihat Proton kembali berjaya dan atas sebab itu syarikat itu dibantu oleh Pasukan Petugas Khas yang baru dibentuk.

Pasukan petugas khas yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala, akan mengenal pasti rakan strategik asing dan memantau proses pemulihan Proton.

“Kita sudah belajar daripada pengalaman lepas Proton – oleh itu Pasukan Patugas tidak akan campur tangan dalam operasi harian syarikat,” katanya.

Najib juga berterima kasih kepada Proton dan pekerjanya atas usaha dan sumbangan mereka dalam sektor automotif.

“Saya yakin syarikat akan terus menambah baik dan melakukan inovasi bagi mengeluarkan kereta terbaik untuk pelanggan Malaysia dan luar negara.

Pelancaran Proton Perdana baharu hari ini wajar menjadi permulaan baharu dalam sejarah syarikat. Proton mesti menjual kereta yang memenuhi keperluan pelanggan,” katanya. – BERNAMA

perdana1perdanaperdana5perdana3perdana4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori