BERPULUH-PULUH orang mengambil bahagian dalam acara tahunan berbasikal tanpa pakaian di London.
Para penunggang ini berbasikal dari London ke Manchester, dan melalui mercu tanda seperti London Eye dan Big Ben.
Para peserta yang menyertai acara tersebut berumur dalam pelbagai lingkungan usia, dari remaja hingga orang dewasa dengan sebahagian daripada mereka turut mengecat tubuh.
Kemuncak sambutan adalah pertemuan besar para peserta di Hyde Park Corner.
Mereka mendakwa membawa mesej di sebalik bertelanjang. Ianya untuk menunjukkan protes terhadap pergantungan manusia pada kenderaan yang menggunakan bahan bakar. – MYNEWSHUB.CC