DUSTIN Johnson berjaya merangkul gelaran US Open buat kali pertama sepanjang kariernya dalam sukan golf namun apa yang menjadi tumpuan bukan dirinya, sebaliknya adalah punggung tunangnya.
Ini kerana punggung dan bahagian belakang Paulina Gretzk menjadi tarikan jurukamera FOX Sports dan ia menjadi fokus apabila Paulina menaiki tangga di Kelab Oakmont Country di Pennsylvania.
Ketika itu, Paulina, 27, yang merupakan seorang model dan anak kepada lagenda hoki Kanada memakai baju singkat dan ketat berwarna putih.
Disebabkan ia terlalu singkat, Paulina terpaksa memegang belakang bajunya itu.
Tindakannya itu nyata menjadi perhatian dengan jurukamera terbabit merakamkannya dari belakang.
Ia menyebabkan jurukamera itu dibidas di dalam Twitter dengan ramai yang mempersoalkan tindakannya merakamkan bahagian belakang Paulina bagi tempoh masa yang agak lama.
Namun ada juga yang menyindir Dustin agar dapat membeli seluar untuk tunangnya memandangkan dia telah memenangi pertandingan itu.
Selain jurukamera terbabit, orang ramai yang menyaksikan pertandingan itu juga ternyata tidak melepaskan peluang melihat keseksian Paulina itu. – MYNEWSHUB.CC