Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

5 Modul, 3 Sub-Modul...

KLUANG - Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan...

GAMBAR : Wow!! Neelofa...

Selebriti anak Kelantan ini sememangnya serba boleh.Bermula daripada kemenangan dalam pencarian Dewi Remaja...

KKM Rugi RM30.47 Juta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan kerugian RM30.47 juta berikutan kegagalan pesakit menjelaskan bayaran...

Kamal ‘Book’ Satu Pawagam...

SIKAP romantis pelakon Kamal Adli yang sentiasa berusaha menggembirakan kekasih hatinya, Emma Maembong...

Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar Dibuka 9 Pagi

KUALA KANGSAR – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, mula dibuka 9 pagi ini.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata pusat berkenaan akan dibuka selama sejam.

“Pengumuman calon yang bertanding di PRK Kuala Kangsar akan diumumkan antara 10.15 dan 10.30 pagi ini, selepas semakan pencalonan dilakukan,” katanya kepada Bernama.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.


Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Bebas Datuk Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori