Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Rakam Anak Dalam...

ERSKINE – Gurauan kasar.... itu yang berlaku kepada seorang wanita muda, Courtney Stewart,...

Kroni Mahathir Jadi Pemaju...

TERBONGKAR!... Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade), ada hubungan rapat...

Ahmad Zahid Tiba Di...

BEIJING — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Laksana OSH Elak Masalah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sekali lagi...

PRK Sungai Besar: 286 Polis, Pasangan Mengundi Hari Ini

SUNGAI BESAR – Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 286 anggota polis dan pasangan masing-masing, berlangsung di dua tempat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Dua tempat mengundi berkenaan ialah di Bilik Cawangan Latihan/Sukan bagi pengundi awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1 bagi pengundi awal DUN Sekinchan.

Pusat pengundian awal dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang bagi DUN Sungai Panjang manakala bagi DUN Sekinchan, ia dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang.

Proses pengundian awal disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa seramai 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4) kerana berada di luar negara.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara.


PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori