RADHI OAG yang sudah lama menyepi kini tampil berkongsi kisah gembira apabila isterinya disahkan hamil lima bulan dan bagi Radhi, dia menganggap perkara ini sebagai rezeki dari Tuhan kepadanya.
Tambah Radhi, cahaya mata yang bakal dilahirkan isterinya, Nur Shahira Ayu akan menjadi pelengkap kepada keluarga kecil mereka.
“Alhamdulillah Ayu disahkan hamil lima bulan dan ujian imbasan mendapai kandungan isteri adalah seorang bayi lelaki, insya Allah dia akan menjadi pelengkap keluarga kami.
“Kami tidak merancang kehamilan dan bagi saya ianya rezeki dari Allah sekaligus memberikan anak perempuan kami seorang kawan dan adik.
“Semasa kelahiran anak sulong saya, Ayu kurang alahan dan mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi. Ketika itu, dia masih mampu berpuasa seperti biasa,” katanya kepada BH Online.
Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Aisyah yang kini berusia dua tahun.
Radhi juga mempunya seorang anak lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 11, hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas isteri, Shazlin Sharif. – MYNEWSHUB.CC