Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bas Persiaran Terbabas, 28...

IPOH - Seramai 21 pelancong asing, seorang pemandu bas dan seorang wanita tempatan...

Gimik GV2: Nabil Rasa...

DEK gimik penukaran pengacara program realiti Gegar Vaganza (GV2), pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura tiba-tiba...

5 Cedera: Showcase Chris...

LIMA cedera terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali ketika mengunjungi...

Ibu Bapa Perlu Budayakan...

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet...

Raih Berkat Ramadan Dengan Bersedekah Jemput-Jemput

KLUANG – “Ambillah seberapa banyak pun, asalkan habis dimakan ketika berbuka puasa kerana semua percuma,” kata Ismail Bakar, 63, kepada orang ramai yang datang ke gerai jemput-jemput yang diusahakannya sejak 17 tahun lalu di Jalan Kampung Melayu, di sini, sepanjang Ramadan.

Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mail Jemput-Jemput berkata, tujuannya memberikan percuma kuih itu kerana ingin bersedekah serta mencari berkat pada bulan mulia ini selain berkongsi keuntungan yang diperolehi sepanjang tahun.

pakmail
Sumber Foto: Facebook Kami Anak Jati Kluang, Johor.

Pak Mail Jemput-Jemput Cari Berkat

“Apa salahnya kita habiskan antara RM1,000 dan RM2,000 sepanjang Ramadan ini untuk bersedekah kerana apa yang diperoleh melalui keuntungan jualan sepanjang tahun melebihi daripada yang dikeluarkan ini.

“Ini adalah tahun pertama ia dilakukan dan berharap dilaksanakan setiap kali Ramadan sekiranya panjang umur,” katanya ketika ditemui di gerainya semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan jemput-jemput di gerai itu setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan perisa sama seperti hari biasa.


“Saya membuka peluang kepada orang ramai berkongsi bersedekah dengan menyumbangkan buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai susu, nanas dan nangka untuk dijadikan jemput-jemput dan diagihkan kepada orang ramai.

“Semoga dengan apa yang dilakukan ini mendapat berkat daripada Allah seterusnya dilimpahi rahmat serta rezeki sama ada daripada sudut perniagaan mahupun pekerjaan lain,” katanya.

Justeru, Ismail berbesar hati menjemput sesiapa saja yang meminati jemput-jemput datang ke gerainya tanpa perlu membayar sesen pun. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori