BEBERAPA bulan lalu, pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an Raja Ema pernah mengumumkan akan mengakhiri zaman solonya dengan seorang ahli perniagaan yang bertugas di Landon selepas raya.
Bintang yang pernah popular menerusi lagu Jejaka Idaman ini juga mendakwa bakal bersara dari industri seni sebaik sahaja bergelar isteri.
Pun begitu, memetik laporan mStar Online, Raja Ema memaklumkan telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan ahli perniagaan itu.
Menurut Raja Ema, keputusan itu dibuat setelah dia berfikir panjang dan mengambil kira kesan terhadap kerjaya dan anak-anaknya.
“Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu.
“Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan.
“Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.
“Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja,” ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Ema akui dia masih mencari lelaki yang dapat memahaminya.
Sebelum ini, pelakonĂ‚Â ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurniakan dua cahaya mata Putera Ammar, 22, dan Putera Al Kashah, 20. – MYNEWSHUB.CC
A combination of cutting-edge techniques and strategic insights that propel your website to the forefront of search engine results. From on-page optimization to off-page tactics, every aspect of our formula is designed to maximize your website’s visibility and drive targeted traffic. https://bit.ly/3JKYpu5