Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gerakan Kedah Yakin Rampas...

ALOR SETAR – Parti Gerakan Kedah yakin mempunyai peluang cerah untuk memenangi semula...

Polis Kesan Ibu Beri...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram yang memuat naik video...

PM: Tiada Lagi Kelulusan...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi...

Malaysia Tak Boikot AFF,...

PUTRAJAYA - Skuad Harimau Malaysia akan terus berentap dalam pertandingan bola sepak berprestij...

Rakyat Mesti Tumpu Taat Setia, Jujur Dan Ikhlas Kepada Agong

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara, seiring dengan amalan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan negara.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, sikap kesetiaan merupakan nilai yang baik dan boleh dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara.

“Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara merupakan kunci yang menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya semasa menyampaikan khutbah khas solat Jumaat di Masjid Wilayah di sini, hari ini.

Khutbah bertajuk ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Payung Kedaulatan Islam dan Negara’ disampaikan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah esok.

Tuanku Abdul Halim turut berangkat menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Seri Paduka diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ismail berkata, Islam menuntut rakyat untuk mentaati dan menghormati raja kerana ia adalah satu daripada prinsip Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Selain itu, katanya Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia.

Prinsip ini menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan terhadap Raja dan negara, katanya sambil mengingatkan bahawa sikap negatif boleh mengalihkan kesetiaan lalu melemahkan urus tadbir negara dan membawa angin kebencian terhadap perpaduan.


“Namun demikian, kita bersyukur kepada Allah SWT kerana memelihara Seri Paduka Baginda dan negara ini daripada sebarang ancaman. Situasi ini tidak lain dan tidak bukan disumbangkan oleh nilai sifat hikmah, tegas, bijaksana, adil, saksama dan berkeupayaan tinggi Seri Paduka Baginda dalam mengharungi cabaran dengan berkesan.

“Seri Paduka Baginda adalah ketua negara yang mempunyai keperibadian tinggi dalam menjalankan bidang kuasa menjaga negara dan kesucian Islam,” katanya sambil menegaskan bahawa kedaulatan Islam dan kemajuan negara adalah berpayung kepada kekuatan yang di-Pertuan Agong.

Ismail berkata sokongan padu barisan pembesar dan penasihat negara yang mengurus tadbir dengan cemerlang, meneguhkan lagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

“Kedaulatan Islam dan kemajuan negara adalah berpayung kepada kekuatan kepimpinannya. Sayugia itu, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara sama ada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga negara dan kesucian agama Islam, dikagumi oleh pelbagai lapisan rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata rakyat menjunjung kasih dan merafak sembah di atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam memartabatkan Islam, memajukan negara dan membantu rakyat supaya hidup dengan aman dan harmoni. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori