Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PBS Jawab Kenyataan Presiden...

KOTA KINABALU - Naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Daniel Kinsik menasihatkan...

2 Angkat Sumpah Sebagai...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Paul Igai...

3 Remaja Ditahan Bersama...

BESUT - Polis hari ini menahan tiga remaja berusia 17 tahun bersama selaras...

Kit Siang Mahu Bersara,...

KUALA LUMPUR - "Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?" Itu pertanyaan pemimpin...

Ramai Rakyat Malaysia Mula Bersenam Usia 40-50 Tahun

PUTRAJAYA – Kajian Kementerian Kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia hanya mula bersenam apabila usia mencecah 40 hingga 50 an, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata sebab utama kebanyakan rakyat Malaysia mula melakukan aktiviti fizikal dan bersenam pada usia berkenaan adalah masalah kesihatan yang dihadapi akibat gaya hidup tidak sihat sebelum itu.

“Apabila doktor memaklumkan seseorang itu menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan menghidapi diabetes barulah individu berkenaan mula melakukan kegiatan fizikal seperti berjalan, berjoging dan sebagainya.

“Bagaimanapun pada masa itu, ada di antara mereka sudah sukar hendak bergerak. Ini menunjukkan terdapat rakyat Malaysia hanya mula melakukan aktiviti fizikal apabila mendapat penyakit dan bukannya menjadikan senaman sebahagian daripada gaya hidup,” katanya lagi.

Dr. Subramaniam berkata demikian ketika berucap pada majlis sumbangan satu mesin dialisis dan dua unit hi-flow Nasal Cannula oleh Sun Life Malaysia Bhd. dan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Hospital Putrajaya di sini hari ini.


Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata sejak 1999, Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Berkelompok CuepacsCare untuk penjawat awam yang diuruskan Sun Life Takaful Malaysia Bhd sudah dimanfaatkan oleh 60,000 orang dengan jumlah tuntutan sebanyak RM180 juta.

Kini lebih 400,000 penjawat awam dilindungi oleh skim CuepacsCare itu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori