Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Binaan Warga Indonesia...

SHAH ALAM – Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila...

24 Individu Ditahan Dalam...

ALOR SETAR - Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam 'Op...

Kepemimpinan Pembangkang Untuk Kaburi...

BAGAN SERAI – PAS Perak menyifatkan pembentukan barisan baharu kepemimpinan Pakatan Harapan secara...

Tubuh Pasukan Petugas Atasi...

Singapura : Satu pasukan petugas sudah ditubuh dan digerakkan bagi mencari penyelesaian kesesakan...

Logo Sahkan Jenis Kereta Dipandu Kevin Morais

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu kereta yang ditemukan terbakar di Hutan Melintang, Perak, disahkan jenis Proton Perdana dipandu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais berdasarkan reka bentuk kenderaan, logo dan emblem perkataan “PERDANA”.

Eksekutif Kanan Bahagian Servis Teknikal Proton Sdn Bhd Mohammad Fairuz Fadzil berkata ini kerana kenderaan tersebut telah 100 peratus terbakar dan memusnahkan keempat-empat identifikasi utama kenderaan tersebut.

“Pasukan saya mencari identifikasi kenderaan tersebut. Untuk kereta jenis Proton Perdana, ada empat identifikasi utama iaitu nombor casis, nombor identifikasi kenderaan (nombor pendaftaran), nombor enjin dan nombor transmisi.

“Walaubagaimanapun, keempat-empat identifikasi itu telah tiada pada kenderaan tersebut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad pada hari perbicaraan ke 12 kes pembunuhan Kevin Morais.

Saksi pendakwaan ke-22 itu memberitahu pihaknya berjaya mengenal pasti jenis kenderaan tersebut berdasarkan reka bentuk kenderaan, logo dan emblem yang telah terbakar.

Enam lelaki – G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Ketika pemeriksaan balas peguam V. Rajehgopal, Mohammad Fairuz tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa sesebuah kenderaan tidak boleh dikenal pasti jika keempat-empat identifikasi utama tidak dapat dikesan.

Rajehgopal: Kalau tanpa nombor casis, boleh kenal pasti sesebuah kereta? Mohammad Fairuz: Boleh, dengan reka bentuk.


Rajehgopal: Hanya dengan reka bentuk sahaja boleh kenal pasti?

Mohammad Fairuz: Ya.

Mohammad Fairuz bersetuju bahawa kereta tersebut adalah sebuah kereta jenis Honda Accord jika dilihat dari reka bentuk sahaja.

Rajehgopal: Tanpa logo dan emblem, kamu tidak dapat pastikan yang itu adalah Proton Perdana 2.0?

Mohammad Fairuz: Setuju

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori