Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pegawai APMM Pertingkat Teknik...

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Datuk Bandar Syaitan, Beratus...

Brazil – Perbualan telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang budak perempuan akhirnya...

Perisik Jerman Dakwa Pemisah...

BERLIN - Agensi perisikan Jerman mendakwa kumpulan pemisah pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat...

Yee Khie Mula Tumpu...

SEPANG - Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bagi...

Rela Madu, Isteri Ajak Shiro Beri Greenlight Kahwin Lagi

PELAWAK Ajak Shiro mengakui mendapat kebenaran dari isterinya untuk berkahwin lagi, tetapi dia telah menolak tawaran tersebut kerana isteri yang dimiliki kini sudah sempurna buatnya.

“Isteri saya pernah mengutarakan hasratnya dan memberikan kebenaran untuk saya menambah cawangan (isteri), tetapi segala kesempurnaan yang saya cari dalam diri wanita ada pada dia.

“Jadi tak perlu untuk saya berkahwin lagi untuk mencari kesempurnaan yang telah dijumpai.

“Tipu kalau saya tidak ada keinginan untuk berkahwin lain, tetapi saya perlu berhati-hati adakah wanita itu ikhlas dan bukan bersandarkan populariti semata-mata,” katanya kepada BH Plus.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30; juga menjelaskan bahawa keinginannya untuk menambah isteri hilang apabila mendapat kebenaran dari isterinya, Nur Afifah Amin.


“Sudah jadi lumrah, apabila dilarang kita ingin melanggar perkara itu. Jadi bila dah dapat greenlight, hilang pula keinginan tersebut,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori