KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki yang datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan hari ini didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Qayyum Harun, 22, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan yang dinaikinya iaitu motosikal jenis YAMAHA LC135 berwarna biru.
Mohammad Qayyum yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor, didakwa melakukan kesalahan itu di lorong motosikal Tol Air Panas, di sini ketika dalam perjalanan ke ibu kota, pada 5.30 petang, semalam (1 Jun). – BERNAMA