SEORANG pelancong wanita yang berasal daripada Cork, Ireland meninggal dunia setelah terjatuh daripada beranda sebuah pusat peranginan ketika sedang bercuti.
Menurut sebuah portal, Ramona Fagan, 21, baru sahaja beberapa hari tiba di Tenerife, sebuah kepulauan di Sepanyol untuk menghabiskan cuti musim panas sebelum kejadian malang itu berlaku pada Rabu lalu.
Apabila tersebarnya berita tentang kematian Fagan, beberapa orang kawan rapat dan ahli keluarga mangsa yang terkesan dengan berita kehilangan itu bertindak memuat naik status di laman sosial,
Mereka malah meluahkan perasaan duka dan terkejut ekoran kehilangan seseorang yang disifatkan sebagai penyayang dan baik hati.
” Fagan kamu seorang yang baik hati dan kawan baik saya. Banyak yang telah kita lalui bersama.
“Saya tidak sangka bahawa kita tidak lagi dapat bergelak tawa bersama-sama. Kamu merupakan kenangan terbaik saya dan saya gembira kerana dapat membesar bersama kamu,” tulis seorang rakannya.
Jabatan Luar Negeri Ireland yang turut menerima berita sedih itu sedia menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.
Menurut sebuah laporan tempatan, mayat Fagan akan dibawa pulang ke Cork pada minggu hadapan. -MYNEWSHUB.CC