Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

El Nino Hingga Ramadan,...

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka...

Peragaan Separuh B0gel Insiden...

SHAH ALAM - Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat...

7 Termasuk Wanita Ditahan...

PETALING JAYA : Polis menahan tujuh individu termasuk wanita bagi membantu siasatan penemuan...

PM: Jangan Terpedaya Pihak...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai agar...

Remaja Potong Kaki Warga Emas Dipenjara 11 Tahun

PASIR MAS – Seorang remaja dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cubaan membunuh dengan cara memotong kaki kiri seorang warga emas wanita, 19 Jun lepas.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh Mohd Fikri Noor Rosland, 19, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu diarah menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap.

Dia didakwa memotong kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89, sehingga putus dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu di sebuah rumah di Kampung Tanjung Rendang Lemal, di sini.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadapnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori