Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UGL Services Gives Community...

Among the most crucial aspects in nearly any educational writing is the difficulty...

Sarawak Report Perlu Kemuka...

KUALA LUMPUR - Sarawak Report perlu mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital...

Penceramah, Guru Agama Perlu...

PADANG BESAR – Penceramah atau guru agama yang dijemput mengajar Agama Islam di...

Felda Diberi Tumpuan Khusus...

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan memberi tumpuan khusus...

Menyentuh Hati, Luahan Anak Puasa Kali Pertama Tanpa Mak

“MAK, doa kami sentiasa bersama mak, kerinduan kami sentiasa diiringi doa buatmu mak. Memori indah bersama mak tika Ramadan yang lepas sentiasa dalam ingatan kami.. takkan pernah lenyap memori indah itu bila datangnya Ramadan kali dan seterusnya tanpa mak..”

Itulah antara luahan hati seorang gadis dikenali sebagai Sashimi Mimieux di akaun Instagramnya, apabila terpaksa menyambut Ramadan kali ini tanpa ibu tercinta.

Ramadan tahun ini merupakan bulan puasa pertama Sashimi dan adik beradik mengharunginya tanpa seorang insan dipanggil ‘Mak’ yang telah pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini arwah ibunya sibuk membelek-belek buku masakan dan mencari resepi untuk dijadikan juadah berbuka namun tahun ini kenangan itu hanya tinggal memori sahaja, kenangnya.

Detik-detik di mana arwah bertungkus lumus menyediakan juadah untuk bersahur dan berbuka serta melayani kerenah dia adik dan adik-beradiknya sepanjang Ramadan adalah momen yang paling dirinduinya.

Remaja Rindu Berpuasa Dengan Ibu Bikin Netizen Sebak


“Riuhnya seorang mak time sahur sudah tidak kedengaran, excitednya seorang mak memasak macam-macam juadah berbuka sudah tak kelihatan, kegembiraan dapat pergi terawih hari-hari tak dapat dikongsi lagi dengan anak-anak yang kadangnya liat ke terawih dek kerana kekenyangan berbuka,” imbau Sashimi.

Turut terkenang, perangai arwah ibunya yang susah mahu diajak berbuka di luar kerana enggan meninggalkan solat terawih kerana khuatir, tidak dapat mengerjakan ibadah sunat itu lagi tahun hadapan.

“Kerap kali diajak berbuka di luar pasti ditolak sebab katanya takut terawih ni terawih terakhirnya. Setiap tahun Ramadan itulah diungkapnya. Sayangnya pada terawih begitu tinggi sehingga sayang nak tinggal tapi ternyata tahun lepas adalah terawih terakhir mak,” tulis Sashimi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori