Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ultra Kiasu Guna Strategi...

Penceramah sensasi, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah sekali lagi membuat kenyataan panas apabila...

Kerajaan Akan Baik Pulih...

KEPALA BATAS - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kementeriannya akan meluluskan...

Gelaran Premier: Sarawak Ada...

MELAKA: Sarawak mempunyai hak untuk meminda perlembagaannya termasuklah menukar gelaran Ketua Menteri kepada...

‘Memang Tak Reti Bersyukur...

LARI lagi, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan yang sudah bosan dan...

Richard Huckle Mahu Kahwin Budak Yang Dicabulnya

KES seorang pembantu pengajar English bernama Richard Huckle, 30, yang didakwa merogol kanak-kanak dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja, benar-benar mengejutkan dunia.

Tambah menjelikkan, pedofilia Britain mengaku berniat mahu ‘mengahwini’ salah seorang kanak-kanak yang dicabulnya dan menubuhkan pusat jagaan anak angkat, agar dia punyai lebih ramai mangsa untuk dicabulnya.

Kenyataan itu dibongkarkan ketika perbicaraan Huckle sedang berlangsung, lapor Daily Mail.

Huckle yang disifatkan sebagai kes pedofilia paling teruk di Britain turut membuat posting berkenaan di laman web yang dikenali sebagai ‘Love Zon’.

Richard-Huckle-m_2903705a

“Cita-cita saya bila berkahwin, keluarga kita akan jadi seperti penjaga angkat kepada kanak-kanak, buat sementara waktu atau jangka panjang..saya suka kanak-kanak sentiasa ada keluar masuk di rumah saya,” tulisnya.

Menerusi laman web itu lah, Huckle memuat naik gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.

Perbuatan tidak bermoral Huckle terbongkar setelah pihak berkuasa Australia menemui laman web gelap tersebut.


Richard ditangkap mempunyai lebih 20,000 gambar kanak-kanak mangsa jenayah seksual tetapi diberikan ikat jamin sementara polis membongkar perbuatan seksnya terhadap kira-kira 200 kanak-kanak.

Sementara itu, ibu bapa Huckle turut menghubungi pihak polis untuk menangkap anaknya kembali di rumah mereka Ashform, Kent, setelah kecewa mendengar pengakuan anak mereka yang telah diikat jamin, sebelum didakwa di mahkamah atas kesalahan itu.

Huckle dilaporkan mengaku kepada ibunya, Christina yang dia melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak seawal umur tiga hingga 13 tahun.

Atas kesalahannya itu, Huckle kini berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Untuk makluman, Huckle dikatakan pergi ke Malaysia pada tahun 2005 untuk mengajar dan sangat dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’.

Huckle berdepan 91 pertuduhan iaitu termasuk mencabul terhadap 23 kanak-kanak lelaki dan perempuan di Kuala Lumpur, antara tahun 2006 hingga 2014. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori