PADA bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita digalakkan untuk sentiasa bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Ini kerana amalan bersedekah pada bulan ini akan dilipat gandakan pahala oleh Allah SWT dan boleh dijadikan sebagai ‘saham’ kita di akhirat kelak.
Salah seorang golongan yang tidak boleh kita abaikan ialah anak yatim piatu.
Jadi, marilah kita bersama-sama membantu sebuah rumah perlindungan yang terletak di Batu Caves, Selangor ini bagi mengumpul dana bagi meneruskan operasi mereka.
Rumah Perlindungan Al Nasuha kini memerlukan bantuan sumbangan sebanyak RM387,000 bagi terus menjalankan operasi mereka di masa hadapan.
Setakat ini, seramai 70 kanak-kanak berusia dua bulan hingga 15 tahun yang terdiri daripada anak yatim, miskin dan terbiar berada di bawah jagaan mereka.
Rumah Perlindungan Al Nasuha perlu berpindah kerana beberapa masalah dalaman yang dihadapi.
Buat anda yang mahu membantu meringankan beban mereka, bolehlah berikan sumbangan menerusi Akaun Maybank 564829000530 atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha atau boleh menghubungi talian 017-9354323 (Umi). – MYNEWSHUB.CC